PERTANDINGAN ‘QUIZ ASASI’ TINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KECEKAPAN PELAJAR ASASI PENGURUSAN MENGENAI PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan pertandingan ‘Quiz Asasi’   kepada pelajar Asasi Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah berlangsung pada 9 Ogos 2016 (Selasa), pada jam 2.00 petang bertempat di ruang bacaan bangunan tambahan PSB. Tujuan pertandingan kuiz ini diadakan adalah bagi menambah kemahiran dan kecekapan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan perkhidmatan carian maklumat di PSB di samping dapat menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan yang telah disediakan.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat ini telah disertai oleh 56 orang pelajar terdiri daripada 7 kumpulan. Kesemua peserta telah diperuntukkan masa selama 45 minit untuk menjawab 15 soalan berkaitan dengan PSB. Setiap kumpulan dimaklumkan untuk membawa sebuah komputer riba bagi membantu mereka membuat carian jawapan di internet dan mereka juga turut dibenarkan untuk menggunakan terminal webopac yang tersedia untuk tujuan yang sama.

Hadiah berupa hamper telah disampaikan kepada pemenang oleh Ketua Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat iaitu Encik Razak Siamin. Turut serta dalam sesi penyampaian hadiah tersebut adalah Puan Faizah Hashim iaitu Pegawai Tadbir, Pusat Pengajian Asasi UUM. Tahniah dan kudos diucapkan kepada pemenang dan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan.

Disediakan oleh: Isanuddin Bidin

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

28total visits,1visits today