PRE-AUDIT BANTU PSB HADAPI AUDIT DALAMAN UUM

17 Julai 2018 – Jawatankuasa Pemandu Kualiti, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), telah menjalankan Pre-Audit Kualiti Dalaman (ISO) pada setiap bahagian yang terdapat di PSB. Pre-audit ini adalah merupakan langkah awal sebagai persediaan pihak PSB dalam menghadapi Audit Kualiti Dalaman UUM sebenar yang bakal diadakan tidak lama lagi. Proses audit pada kali ini lebih menumpukan kepada bahagian-bahagian yang mengalami perubahan dalam proses kerja seperti Bahagian Siri, Bahagian Hadiah dan Pertukaran serta Bahagian E-Perpustakaan.

Encik Muhamad Mazlan Jalla, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Kualiti berkata “pre-audit ini perlu dijalankan kerana terdapat beberapa perubahan besar dalam struktur organisasi. Selain itu juga, perubahan daripada Garis Panduan yang lama iaitu MS 9001 : 2008 kepada yang baharu iaitu MS ISO 9001 : 2015 juga perlu diteliti dengan lebih mendalam”.

Sepanjang proses ini, semua warga PSB telah menunjukkan kerjasama dan persediaan yang mantap ketika kunjungan audit serta menerima segala peluang penambahbaikan dengan hati yang terbuka. Semoga pada audit sebenar nanti, PSB dapat terus berjaya menawan hati auditor dengan kekemasan cara kerjanya yang unggul.

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh : Jawatankuasa Pemandu Kualiti, PSB

43total visits,2visits today