PRE-AUDIT: PERSEDIAAN PSB MENGHADAPI AUDIT DALAMAN UUM

Jawatankuasa Pemandu Kualiti, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengambil inisiatif bagi menjalankan Pre-Audit Dalaman MS ISO 9000:2008 Peringkat PSB sebagai persediaan jabatan untuk menghadapi Audit Dalaman UUM yang bakal diadakan pada bulan Jun 2016 nanti. Seramai 11 orang auditor dalaman PSB yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemandu Kualiti, PSB terlibat termasuk Encik Suparman Sukri, selaku Ketua Juruaudit. Tujuan pre-audit ini dilaksanakan adalah untuk meneliti, menilai dokumen-dokumen yang berkait dengan prosedur dan proses kerja serta membantu bahagian-bahagian terlibat melakukan penambahbaikan sejajar dengan objektif , misi dan visi jabatan. Malah bukan sahaja membantu mencapai Key Performance Indicators (KPIs) jabatan tetapi juga memenuhi keperluan pengguna dari semasa ke semasa. Tempoh pre-audit peringkat PSB ini berlangsung selama hampir 2 minggu iaitu bermula pada 10 hingga 21 April 2016. Keseluruhan 15 bahagian yang terdapat di PSB terlibat di dalam pre-audit seperti Bahagian e-Perpustakaan, Siri, Perolehan, Arkib, Latihan dan Kualiti, Pentadbiran, Pemerosesan Teknik, Rujukan dan lain-lain lagi. Laporan hasil pre-audit ini bukan sahaja dapat memudahkan proses Audit Dalaman UUM nanti tetapi juga memberi peluang kepada auditee untuk menilai semula proses-proses kerja yang berpotensi untuk ditambahbaik bagi menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada penggunanya.

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil
Gambar oleh: Rahimah Ishak

 

46total visits,1visits today