PSB TERIMA LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH PROGRAM BCIM OLEH MQA

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima satu lawatan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi melakukan penilaian akreditasi penuh bagi program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan kepujian (BCIM Honours), Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi.

PSB merupakan salah satu lokasi yang perlu dilawati oleh panel penilai dimana penilaian tersebut merujuk kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan. Lawatan ini dihadiri oleh 4 orang panel penilai, seorang pegawai MQA dan juga wakil IPQ. Lawatan selama satu jam ini turut disertai oleh Puan Shukra Shuib, Timbalan Ketua Pustakawan, En. Muhamad Mazlan Jalla selaku Penolong Ketua Pustakawan dan beberapa orang pegawai PSB.

Disediakan dan gambar oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

42total visits,1visits today