PROGRAM TALK ON “HOW TO WRITE A JOURNAL ARTICLE” MENDAPAT SAMBUTAN

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dengan kerjasama Penerbit Sage telah menganjurkan program “Talk on How to write a Journal Article” di Auditorium 2 PSB pada 18 Ogos lepas.Ceramah yang disampaikan Rosalia-Da-Garcia dari Penerbit Sage telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan kakitangan akademik dan pelajar lepasan ijazah Universiti Utara Malaysia(UUM). Penganjuran program seperti ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada kakitangan akademik serta pelajar UUM mendapat maklumat secara terus dari wakil Sage berhubung isu-isu yang berkaitan dengan penulisan dan juga penerbitan artikel jurnal dari perspektif penerbit.

Rosalia di dalam ceramah tersebut telah menyentuh beberapa perkara yang berkaitan dengan penulisan artikel jurnal termasuklah sebab-sebab kebiasaan sesuatu artikel jurnal itu ditolak, pemilihan jurnal yang betul, persediaan manuskrip, mengukuhkan struktur artikel dan sebagainya.

Perpustakaan akan meneruskan penganjuran program seumpama ini di masa hadapan sebagai satu usaha membantu pihak UUM meningkatkan lagi penerbitan artikel jurnal di kalangan kakitangan akademik serta pelajar.

26total visits,2visits today