PSB AKHIRI TAHUN 2018 DENGAN PERSEMBAHAN PROJEK PELAJAR PRAKTIKUM

31 Disember 2018 – Menutup tirai 2018, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan satu sesi persembahan projek oleh pelajar-pelajar praktikum daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Persembahan ini telah diadakan di Auditorium 1, Bangunan Utama, PSB dan telah bermula pada jam 9.00 pagi.

Kesemua 6 orang pelajar ini telah menjalani latihan industri di PSB bermula Ogos sehingga Disember 2018. Di sepanjang tempoh ini, mereka telah diberikan projek khas untuk setiap individu di samping 2 projek berkumpulan selain turut didedahkan mengenai proses kerja di PSB.

Persembahan projek kali ini memperlihatkan persiapan yang rapi, penuh berkeyakinan serta bersemangat oleh kesemua pelajar dan ianya telah berjaya menambat hati tetamu yang hadir. Antara projek yang dipersembahkan adalah mengenai Digital Asset Management, Improvement for Efficient PSB Statistical Management, Digitization of museum collections, Video of Tips on Writing a Good Assignment, Learning Common Centre Proposal dan Library of The People.

Turut hadir bersama pada sesi persembahan projek ini adalah En. Salleh Hudin Mustaffa selaku Ketua Pustakawan dan semua Pustakawan untuk mendengar dan menyatakan buah pandangan mereka mengenai hasil projek yang telah dijalankan.

Semoga semua hasil dapatan setiap projek tersebut dapat dilaksanakan di PSB kelak untuk penyampaian servis yang lebih berkualiti. Sesi ini telah berakhir dengan acara penyampaian sijil kepada semua pelajar sekitar jam 12.30 tengahari.

 

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismail

Share :