PSB ANJUR HARI BERTEMU PELANGGAN 2014

Meriah! Begitulah gambaran Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) yang berlangsung pada 2 hingga 8 Mac 2014 bersempena Pesta Buku Utara 2014. YB Dato’ Tajul Urus bin Mat Zain, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Kedah, mewakili YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah turut berbesar hati merasmikan Pesta Buku Utara 2014 seterusnya meluangkan masa menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Penghargaan Perpustakaan Sultanah Bahiyah 2013. Tiga kategori anugerah telah diperkenalkan iaitu Anugerah Peminjam Koleksi Terbanyak, Anugerah Penggunaan E-Resource Paling Aktif dan Anugerah Pengunjung Paling Kerap Ke PSB bagi tahun 2013.

Hari Bertemu Pelanggan PSB 2014 turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan daripada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Sekolah Kebangsaan Kg Bandar, Baling dan Sekolah Kebangsaan Tawar, Kuala Ketil. Di antara acara yang dipertandingkan adalah Spell-It-Right, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Bercerita.

Jadual aktiviti turut diisi dengan penganjuran bengkel Database Training: Web Knowledge, Kuiz Emerald Atas Talian serta Bengkel Mendelay Reference Manager. Ketiga-tiga program ini telah mendapat sambutan luar biasa dan komitmen yang amat baik daripada kalangan pengguna Perpustakaan Sultanah Bahiyah.

Oleh: Isanuddin Bidin Gambar Oleh : Mohamad Fuzi Ismail

51total visits,3visits today