PUSAT ISLAM TINJAU AMALAN KUALITI 5S DI PSB

Seramai 10 orang staf dan pegawai dari Pusat Islam, UUM telah mengadakan lawatan penandaarasan amalan kualiti 5S ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada 17 Mac 2014 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat, Perpustakaan Bangunan Tambahan. Lawatan yang diketuai oleh Ustazah Siti Khairiah Parlan tiba pada jam 10.30 pagi telah disambut dengan begitu mesra daripada wakil jabatan yang juga merangkap ahli jawatankuasa 5S PSB.

Lawatan telah dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa 5S, En. Muhamad Mazlan Jalla dan disusuli dengan sesi soal jawab dan perbincangan ringkas. Di antara perkara-perkara yang dikongsikan oleh PSB adalah sejarah amalan 5S jabatan, aktiviti-aktiviti 5S yang telah dijalankan, peranan jawatankuasa kecil 5S seperti latihan, promosi dan audit serta kriteria audit dalaman 5S jabatan.

Selain itu, PSB juga telah menghantar empat (4) orang stafnya daripada kalangan ahli jawatankuasa 5S mengikuti latihan di MPC khusus untuk diberi pendedahan mengenai amalan 5S bagi memantapkan lagi pelaksanaannya di dalam jabatan. Tahun ini juga PSB tidak ketinggalan dalam usahanya membudayakan amalan 5S secara berterusan di kalangan staf dengan menganjurkan Pertandingan Zon dan Ruang Kerja (Individu) Terbaik yang telahpun berlangsung pada 1 Februari dan akan berakhir pada 30 April 2014 nanti.

Tetamu juga berpeluang melawat ke zon-zon yang melibatkan Bahagian Pentadbiran, Rujukan dan Perkhidmatan Maklumat, Siri dan Arkib bagi melihat dengan lebih dekat lagi kaedah pelaksanaan amalan 5S di PSB. Sesi lawatan ini berakhir pada jam 1.00 petang.

Oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil; Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

41total visits,1visits today