MAJLIS PENUTUPAN HARI BERSAMA PELANGGAN PSB 2018 DISAMBUT MERIAH

27 Mac 2018 – Mengakhiri kemeriahan “Hari Bersama Pelanggan PSB 2018” adalah dengan berlangsungnya Majlis Penutupan Hari Bersama Pelanggan PSB 2018 dengan jayanya. Majlis ini telah diadakan di Auditorium 1, Bangunan Utama,Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) dengan dihadiri oleh En. Salleh Hudin Bin Mustaffa iaitu Ketua Pustakawan, En. Mohamad Mazlan Bin Jalla, Tmbalan Ketua Pustakawan, para pemenang dan penerima anugerah yang dirai serta warga PSB. Kejayaan majlis ini juga turut diserikan oleh Prof. Dr. Mohamad Hatta Bin Azad Khan, Pensyarah Pusat Pengajian Industri Kreatif & Seni Persembahan (SCIMPA),Universiti Utara Malaysia (UUM) selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis ini dimulai dengan bacaan doa oleh En. Zaihasrim Bin Mohd Dawal, bagi memberkati perjalanan majlis dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pustakawan, PSB. Seperti biasa, telah menjadi acara tahunan PSB untuk meraikan para pelanggannya yang terdiri daripada pelajar, tenaga pengajar serta kakitangan pentadbiran universiti. Oleh itu, pada majlis ini, turut disampaikan’ ‘Anugerah Penghargaan Pengguna Perpustakaan 2017 yang terbahagi kepada beberapa kategori iaitu ‘Peminjam Buku Terbanyak’, ‘Pengunjung Paling Kerap’ dan ‘Pengguna E-Resources Paling Aktif’.

Tahun 2017 juga turut diadakan anugerah yang baharu iaitu Pertandingan Video Pendek bertemakan ‘perpustakaanku’. Pertandingan ini adalah julung kalinya diadakan oleh PSB dan ianya telah mendapat sambutan terutama di kalangan pelajar UUM. Bagi pertandingan ini , tempat pertama telah Berjaya dirangkul oleh saudara Mohd Amzar Firdaus Bin Said bersama ahli kumpulannya dengan tajuk ‘Cebisan Nota’. Mereka telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300 beserta hamper dan sijil. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh saudara Muhamad Nabil Bin Mohd Khairil dengan tajuk videonya “Selangkah ke Perpustakaan, Sejuta Pengetahuan” yang turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200 beserta hamper dan sijil. Tempat ketiga pula telah dimenangi oleh saudari Siti Nurhajar Bt Mohd Mani dengan video bertajuk “Library Garden Of Books, Full Of Love”. Beliau turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100 bersama-sama hamper dan sijil.

PSB juga turut meraikan penerima ‘Anugerah Ikon Penyumbang Bahan Arkib Terbanyak 2017’, yang merupakan anugerah baharu yang diperkenalkan bagi tahun 2017 di mana beberapa orang pensyarah telah berjaya menjadi penyumbang terbanyak bahan arkib UUM. Mereka adalah Dr. Salmah Bt Omar dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Prof Madya Dr. Harlida Bt Abdul Wahab dari Pusat Pengajian Undang-undang (SOL), Dr. Hafizah Bt Abdul Mutalib dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) dan juga Dr. Mohd Adam Bin Mohd Saifudin dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) . Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih PSB ucapkan kepada mereka semua di atas sumbangan bahan secara konsisten yang telah diberi kepada pihak arkib UUM.

PSB juga amat berbesar hati menerima sumbangan bahan daripada Prof. Dr. Mohamad Hatta Bin Azad Khan kepada PSB yang telah diterima oleh   En. Salleh Hudin Bin Mustaffa selaku Ketua Pustakawan dan seterusnya akan dijadikan bahan arkib UUM. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan tengahari sekitar jam 12 tengahari. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Majlis Penutupan Hari Bersama Pelanggan PSB 2018.

Disediakan oleh: Norashikin Bt Ibrahim

Gambar : Mat Affrizi Bin Ismail dan Abdul Halim Husain

48total visits,6visits today