PSB SERTAI SAMBUTAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1439H PERINGKAT UUM

12 Disember 2017 – Sempena sambutan Maulidur Rasul 1439H peringkat Universiti Utara Malaysia (UUM), Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengambil peluang dengan menghantar seramai 80 orang peserta untuk menyertai perarakan tersebut. Warga PSB mengenakan pakaian sedondon sambil memegang sepanduk yang bertemakan “Hikmah Sunnah Menyatukan Ummah”, merupakan hasil kerja keras Badan Kebajikan Amal dan Kakitangan Perpustakaan (BAKAL) dalam memenuhi kriteria perarakan ini. Walau tidak berjaya mencuri hati panel juri, namun penyertaan kontinjen PSB telah memeriahkan lagi sambutan majlis ini.

Perarakan ini bermula di Padang Kawad UUM dan seterusnya kesemua peserta diarah menuju ke Dewan Muadzam Shah secara berkumpulan dengan berjalan kaki sambil mengalunkan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Antara objektif utama sambutan ini adalah un sentiasa mengingati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. dalam menyebarkan agama Islam serta memupuk rasa cinta yang tiada penghujung terhadap baginda. Majlis sambutan ini telah berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail dan Abdul Hadi Mat Taib

32total visits,2visits today