PSB SERTAI KONGRES SEDUNIA PERPUSTAKAAN DAN MAKLUMAT 2018

Pada 24-30 Ogos 2018 yang lalu, telah berlangsungnya IFLA WLIC 2018 Kuala Lumpur yang julung kalinya diadakan di Malaysia. Tahun 2018 adalah merupakan tahun yang amat bermakna bagi negara Malaysia kerana telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran IFLA WLIC atau International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA), World Library and Information Congress (WLIC).

The IFLA World Library and Information Congress is the international flagship professional and trade event for the library and information services sector”. Justeru itu, dengan diketuai oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta dokongan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan seluruh institusi Perpustakaan di Malaysia, acara ini telah berjaya dianjurkan dengan mendapat banyak komen positif daripada peserta pelbagai negara. Rata-rata mereka memuji penganjuran kali ini adalah antara yang terbaik dengan sukarelawannya yang siap sedia membantu dan amat mesra sekali.

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) juga turut memeriahkan penganjuran acara ini dengan kehadiran sebagai sukarelawan dan juga peserta. Beberapa staf PSB yang terdiri daripada Pustakawan dan Penolong Pustakawan telah berpeluang untuk beramah mesra dengan peserta daripada pelbagai negara di seluruh dunia. Menurut mereka, ianya  adalah sesuatu yang amat bermakna kerana di IFLA WLIC 2018 ini adalah merupakan platform untuk berkongsi maklumat serta bertukar-tukar pandangan mengenai praktis dalam bidang perpustakaan. Selain itu juga, En. Salleh Hudin Mustaffa selaku Ketua Pustakawan berhasrat dengan peluang menghadiri IFLA WLIC kali ini, kesemua peserta yang telah hadir, dapat berkongsi pengalaman yang telah diraih bersama-sama dengan warga PSB yang lain.

Penganjuran IFLA WLIC 2018 kali ini adalah merupakan sesuatu yang amat berharga dan Malaysia seharusnya berbangga kerana telah dipilih sebagai tuan rumah. Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih juga wajar diucapkan kepada seluruh barisan pihak penganjur kerana telah berjaya menterjemahkan impian menjadi kenyataan dengan kejayaan penganjuran IFLA WLIC 2018 Kuala Lumpur ini. Tahniah!

Disediakan oleh : Noraini Alias

72total visits,3visits today