LAWATAN AUDIT DALAMAN KE PSB

3 September  2018 –  Satu lawatan Audit Dalaman Kualiti ISO  9001:2015 daripada pasukan juruaudit yang dilantik oleh Institut Pengurusan Kualiti (IPK) bagi tahun 2018 ini telah berlangsung pada hari ini di Bilik Mesyuarat Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Mesyuarat  pembukaan telah dimulakan oleh En. Asrol Anuar Ramli selaku ketua juruaudit. Beliau menyatakan tujuan lawatan tersebut serta berharap agar pihak PSB dapat memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses audit ini dijalankan. Turut hadir bersama adalah En. Razak Siamin, Pengurus Kualiti PSB dan juga auditee yang terdiri daripada rakan-rakan pustakawan PSB itu sendiri.

Audit dalaman UUM pada  kali ini agak berbeza daripada tahun lepas memandangkan ISO 9001:2015 merupakan versi yang terkini yang menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan risiko. Namun begitu, PSB tetap bersedia menerima segala bentuk teguran auditor yang bisa menambahbaik proses kerja dan perkhidmatan PSB agar kepuasan pelanggan dapat dicapai.

Proses audit ini bermula pada jam 10.00 pagi telah berakhir dengan lancar pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

Gambar : Rahimah Ishak & Wan Hanis Kamarrudin

91total visits,4visits today