PSB ‘LADIES ZUMBA’ SIRI 4

12 Disember 2019 – Bertempat di Foyer Auditorium 2, Bangunan Tambahan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), satu aktiviti zumba khas untuk wanita telah diadakan bermula jam 8.30 pagi.

Aktiviti ‘Ladies Zumba’ ini adalah di atas permintaan kaum hawa yang menginginkan gaya hidup yang sihat. Badan yang sihat sememangnya diakui boleh menjamin kesihatan yang lebih baik serta mampu menghindarkan bahaya stress.

Aktiviti ini tamat sekitar jam 9.30 minit pagi dan semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mazyana Hashim

Share :