PSB TERIMA LAWATAN AUDITOR PELATIH KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PERKERJAAN (OSH) UUM

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB ) telah menerima satu lawatan  audit keselamatan dan kesihatan perkerjaan (OSH) daripada pasukan auditor  Kursus  Audit  Dalaman  Keselamatan  Dan Kesihatan Pekerjaan pada hari Rabu 25 September 2019  yang lalu. Lawatan ini bermula pada jam  10.45  pagi dan  bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1,  Bangunan Utama PSB.

Seramai 4 orang pelatih  auditor  telah hadir  iaitu Puan Yus Asma Bt Yusoff selaku ketua auditor  dari Pusat Pengajian Antarabangsa, Encik Halim Bin Md. Yatim dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Puan Roshadah Bt Yaacob, dari Pusat Pengajian UUM COLGIS dan Encik  Mohd Nasiruddin Bin Abu Ghani, dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik. Turut menyertai  kumpulan audit OSH UUM ini ialah Prof. Madya Dr. Nor Azimah Chew binti Abdullah selaku Pengarah Institut Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UUM dan Encik Salleh Hudin Mustaffa, Ketua Pustakawan PSB.

Tujuan audit ini  diadakan adalah  sebagai latihan amali dalam memenuhi  kriteria keperluan kursus sebagai pendedahan kepada para auditor OSH UUM . PSB dipilih sebagai salah satu Pusat Tanggungjawab (PTJ)  untuk dijadikan lokasi audit kerana PSB adalah salah satu PTJ yang terbaik  di UUM yang mematuhi  keperluan dan pelaksanaan  OSH di tempat kerja. Seramai 5 orang wakil AJK OSH PSB telah turut  menyertai sesi  latihan  audit  ini iatu Encik Abdul Hadi Hassan dan Cik Azniza Ahmad selaku wakil pihak pekerja dan Puan Norma Said selaku wakil dari Pihak Majikan. Pembukaan audit telah diketuai oleh Encik Razak Siamin, Pustakawan Kanan PSB juga sebagai wakil Pengerusi Jawatankuasa OSH PSB. Antara fasiliti yang dilawati  oleh pasukan auditor adalah berkenaan  keselamatan tangga,  kemudahan lift, buku dan rak buku, tangki simpanan air  di  Bangunan Tambahan dan  penyediaan step tool  di Koleksi Umum PSB.

Secara keseluruhannya proses  latihan audit ini berjalan dengan baik dan lancar. Semoga semua auditor yang hadir dapat mengambil manfaat bahawa  sistem audit yang berkesan boleh mempertingkatkan tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan sesuatu tempat kerja. Ini adalah kerana melalui audit ini, segala kekurangan atau kelemahan dalam aspek keselamatan dan kesihatan dapat dikenalpasti dan tindakan susulan boleh dibuat secara teratur.  PTJ yang mempunyai pengurusan keselamatan dan kesihatan yang baik boleh menjamin keselamatan dan kesihatan para pekerjanya serta juga kepada para pelanggan yang berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan  dan menggunakan semua  kemudahan  prasarana  di PSB.

Lawatan  audit ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

 

Disediakan dan gambar oleh : Azniza Binti  Ahmad

Share :