PSB TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN KUALITI 5S DARI SEFB

Seramai 8 orang warga kerja dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan Dan Perbankan (SEFB) Universiti Utara Malaysia telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada 3 April 2014 yang lalu. Rombongan yang diketuai oleh Puan Hajjah Umisofian Md Yusuf ini tiba seawal jam 9 pagi dengan disambut mesra oleh semua Ahli Jawatankuasa 5S PSB.

En. Muhamad Mazlan Jalla yang juga Pengerusi Jawatankuasa 5S PSB telah sudi meluangkan masa memberikan taklimat ringkas, berkongsi pandangan seterusnya menjawab soalan-soalan yang diajukan. Ini termasuklah perbincangan mengenai hala tuju 5S PSB, penglibatan dalam Mini Konvensyen 5S/QE serta cadangan-cadangan penambahbaikan kualiti 5S di SEFB.

Rombongan penandaarasan ini juga turut dibawa melawat ke beberapa zon untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti-aktiviti dan perlaksanaan amalan 5S di PSB. Lawatan ini berakhir sekitar jam 11.30 pagi.

Oleh: Isanuddin Bidin | Gambar oleh: Mad Affrizi Ismail

20total visits,1visits today