Staf PSB Ke Baitulmal Sarawak Tambah Ilmu Perlaksanaan 5S

Seramai 12 orang kakitangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan lawatan penandarasan Amalan 5S ke Baitulmal Kuching, Sarawak pada 9 April 2014. Lawatan ini diketuai oleh En. Muhamad Mazlan Jalla, Ketua Penolong Pustakawan selaku Pengerusi Jawatankuasa 5S PSB . Program lawatan bertujuan untuk mempelajari bagaimana transformasi 5S dilaksanakan di Baitulmal , Sarawak yang bukan sahaja telah mendapat sijil 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sejak tahun 2005 tetapi turut memenangi Anugerah Persekitaran Berkualiti 5S peringkat kebangsaan pada tahun 2005, 2006 dan 2009.

Lawatan ini dapat menerapkan dimensi baru kepada kakitangan PSB berhubung dengan sikap diri individu yang lebih perihatin serta bertanggungjawab terhadap persekitaran supaya kelihatan kemas, cantik, selesa dan seterusnya meningkatkan produktiviti.

Kedatangan kakitangan PSB telah disambut dengan baik oleh warga Baitulmal Kuching, Sarawak. Selepas mendengar taklimat ringkas daripada Encik Alfian Mohammad, Ketua Unit Pentadbiran, semua ahli rombongan telah dibawa melawat di zon-zon 5S yang berdekatan seperti zon khidmat pengurusan serta zon penilaian dan pengurusan harta.

54total visits,3visits today