PSB TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN DARIPADA PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK (PTAR) UiTM SARAWAK

Seramai 25 orang kakitangan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Sarawak, Kampus Samarahan 2 telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Sultanah Bahiyan (PSB) pada 6 Mei 2014. Delegasi PTAR diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Ariffin Jamaludin yang tiba di PSB dan disambut oleh Ketua Pustakawan, Encik Salleh Hudin Mustaffa serta para pegawai yang lain. PSB merupakan salah satu destinasi dalam siri lawatan penandaarasan yang dijalankan oleh PTAR UiTM Sarawak di kawasan utara semenanjung . Tujuan utama lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dalam meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan kepada pengguna selain menjalin hubungan kerjasama di Antara dua pihak.

Oleh : Isanuddin Bidin | Gambar oleh: Ishar Mad Zain

47total visits,2visits today