SENAMROBIK DAN GOTONG-ROYONG 5S ANJURAN PSB KURANGKAN STRES SERTA ERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM SESAMA STAF

26 April 2017 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menganjurkan program senamrobik buat seluruh warga PSB di Foyer Perpustakaan. Aktiviti ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan acara pemanasan badan dan diikuti senamrobik yang diketuai oleh tenaga pengajar jemputan iaitu Puan Farizah Ahmad bersama seorang pembantunya.

Tujuan utama senamrobik ini diadakan adalah bagi menyemai dan menggalakkan staf PSB mengamal budaya hidup yang sihat serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Acara yang berlangsung selama 1 jam ini amat bermakna kerana bukan sahaja ia dapat menyegarkan badan malah ia bisa mewujudkan rasa gembira serta mengukir senyuman dan keceriaan pada wajah mereka setelah seharian bertungkus-lumus bekerja. PSB juga yakin bahawa senamrobik ini dapat melahirkan warga PSB yang cergas dan cerdas serta mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kepada jabatan dengan lebih efisyen. Program ini berakhir sekitar jam 9.30 pagi.

Aktiviti seterusnya ialah gotong-royong 5S iaitu dengan membersihkan kawasan pejabat masing-masing. Objektif program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim, memupuk semangat kerjasama dikalangan staf serta mengamalkan budaya kerja yang berkualiti melalui aktiviti 5S yang dijalankan. Selain dari itu, aktiviti ini dapat menceriakan kawasan pejabat masing-masing, membersih dan membaiki sudut 5S di setiap zon masing-masing. Bukan sahaja staf akan menjadi lebih sihat dan ceria tetapi juga kebersihan persekitaran ruang kerja juga dapat ditingkatkan. Ini merupakan faktor penting dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan mengurangkan rasa tekanan ataupun stres khususnya ditempat kerja.

Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang.

Disediakan oleh: Norashikin Ibrahim

Gambar oleh: Mohd Fuzi Bin Ismail & Mazyana Hashim

36total visits,1visits today