HARI KELUARGA PSB 2017 MERIAH

Pada 8 April 2017 yang lalu, satu program telah berjaya dianjurkan oleh Badan Kebajikan dan Amal Kakitangan Perpustakaan (BAKAL) selaku kelab yang mewakili Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) bertempat di Tasik Darul Aman, Jitra Kedah.

Program tersebut adalah Program Hari Keluarga PSB 2017. Penganjuran Hari Keluarga PSB 2017 ini telah diterajui oleh Pn. Hasma Haji Harun selaku Timbalan Pengerusi BAKAL dan dibantu oleh ahli jawatankuasa BAKAL sesi 2015/2017 .

Program sehari ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta merupakan aktiviti sosial sesama ahli keluarga staf PSB. Secara tidak langsung, program ini merupakan satu langkah bagi mewujudkan jalinan sosial masyarakat secara kolektif khasnya dalam kelompok warga PSB sendiri. Cara hidup bermasyarakat yang murni di luar dan di dalam organisasi dipercayai mampu mewujudkan suasana yang harmoni dan rasa saling mempercayai di kalangan warga PSB di samping dapat juga menyuntik rasa lebih kecintaan terhadap organisasi.

Hari Keluarga PSB 2017 telah bermula seawal jam 8.30 pagi dengan aktiviti pendaftaran dan telah berakhir pada jam 2.00 petang. Antara aktiviti lain adalah senamrobik, cabutan bertuah, pertandingan permainan seperti membawa bola ping pong dengan sudu di mulut, flip the bottle, memancing dalam botol dan semakin jauh semakin sayang.

Turut hadir sama adalah Penaung BAKAL, En. Salleh Hudin Mustaffa danTimbalan Ketua Pustakawan, Pn. Shukra Shuib beserta keluarga masing-masing untuk memeriahkan lagi program ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pasukan gerak kerja BAKAL yang bertungkus-lumus dalam merealisasikan program tersebut serta semua staf PSB yang terlibat . Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan konsep yang lebih mantap.

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

58total visits,1visits today