Kakitangan PSB Didedahkan Dengan Teknik Ulasan Buku

Satu taklimat mengenai ulasan buku telah diadakan oleh Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada 16 April 2014 (Rabu), jam 10.00 pagi bertempat di Auditorium 2, Bangunan Tambahan. Ceramah ini disampaikan oleh Cik Murni Masreena Mohd Disa dari Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Peserta yang terlibat di dalam program ini adalah terdiri daripada warga pustaka.

Taklimat ini diadakan sebagai persediaan awal bersempena dengan Program Kualiti Perpustakaan pada tahun ini, di mana satu program “Pertandingan Bicara Buku” bakal dianjurkan oleh pihak perpustakaan. Antara perkara yang dikongsikan beliau melalui taklimat tersebut adalah seperti pengenalan mengenai ulasan buku, kaedah pemilihan buku, kriteria pemarkahan, penyediaan ulasan dan tips-tips penilaian sesebuah buku. Majlis ini berakhir pada jam 1.00 petang.

Oleh: Isanuddin Bidin | Fotografi: Mohd Fuzi Ismail

53total visits,3visits today