STAF PSB MENDALAMI ILMU ASAS INFOGRAFIK

Sintok – Satu Bengkel  Infografik anjuran  Bahagian Pentadbiran,  Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah diadakan pada 17 April  2019 bertempat di Makmal Komputer 2, Bangunan Tambahan  (PSB). Seramai 25 orang peserta telah menghadiri bengkel ini dan mereka ini terdiri daripada Pustakawan, Pembantu Pustakawan dan Pembantu Tadbir.

Penceramah bagi bengkel ini adalah Encik Mohd Shazwan Nabil bin Shukor, Pegawai Teknologi Maklumat dari Bahagian Operasi Komputer dan Aplikasi, Jabatan Automasi PSB. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan asas mengenai teknik dan panduan bagi setiap elemen dalam infografik menggunakan perisian powerpoint. Para peserta diberi pendedahan tentang jenis , komponen, dan bahan infografik, tools, dan laman web yang percuma untuk  memuat turun imej yang bersesuaian dengan tema yang bakal di reka.

Menurut Encik Shazwan, infografik adalah gabungan informasi dan grafik. Untuk menghasilkan kandungan reka bentuk yang menarik, pemilihan font adalah amat penting  untuk  menarik minat audien  untuk membaca kandungan maklumat yang mahu disampaikan  di samping grafik dan teks yang jelas dan ringkas. Tambah beliau, pelbagai font yang kreatif  dan terkini boleh dipilih di laman web dafont.com atau squirrel.com. “Selain itu, sekiranya ketiadaaan idea dalam mendapatkan hasil kandungan dan susunatur persembahan, kita boleh melihat contoh  – contoh yang sedia ada  di google image dengan menaip infografik Malaysia”, ujar beliau lagi.

Di akhir bengkel ini, para peserta seterusnya diberi  latihan secara  hands on dalam membuat infografik menurut kreativiti masing masing dengan bimbingan dari Encik Shazwan. Bengkel yang bermula pada jam 9.30 pagi ini telah berakhir pada jam 4.30 petang .

Memandangkan sambutan bengkel ini amat menggalakkan, kemungkinan ianya bakal diadakan sekali lagi kerana ianya bisa menggilap daya kreativiti serta kebolehan para peserta menghasilkan infografik Power Point dengan jayanya.

 

Disediakan dan gambar oleh : Azniza Ahmad

5total visits,1visits today