WARGA PSB SAHUT SERUAN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), telah menyahut seruan program “Jom Baca Bersama 10 Minit” yang telah berlangsung secara serentak di seluruh negara Malaysia pada 23 April 2019 yang lalu.

Program ini adalah seruan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyeru semua individu, pejabat dan komuniti untuk berhenti sebentar dari melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit. Program ini bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Oleh yang demikian, semua warga PSB dan para pelajar telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini. Kesemua mereka telah memperuntukkan masa selama 10 minit tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.10 minit pagi, malah ada yang meneruskan bacaan mereka kerana buku yang dibaca berjaya menarik minat mereka untuk terus membaca. Ini adalah satu langkah yang positif dalam melestarikan budaya membaca.

Selain daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, program ini turut dianjurkan bersama-sama  Kerajaan Negeri Kedah, Perpustakaan Negara Malaysia, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah,  Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Persatuan Pustakawan Malaysia.

Walaupun cuma 10 minit, namun impaknya mampu melahirkan generasi yang cintakan ilmu dan berpengetahuan tinggi. Semoga kesan positif daripada program ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga UUM dalam membentuk masyarakat yang suka membaca.

 

Disediakan oleh: Ku Azmi Ku Ibrahim

Gambar oleh: Ku Azmi Ku Ibrahim & Norhardi Saad

14total visits,1visits today