TAHNIAH PARA PEMENANG CABUTAN BERTUAH ‘EMERALD ONLINE QUIZ’

Satu majlis cabutan bertuah serta penyampaian hadiah sempena ‘Emerald Online Quiz’ telah diadakan pada 18 Disember 2019 yang lalu bertempat di Auditorium 2, Bangunan Tambahan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

‘Emerald Online Quiz’ telah berlangsung pada 5 November sehingga 5 Disember 2019. Kuiz ini dibuka kepada semua pelajar UUM dan turut menyediakan hadiah yang lumayan. Sehubungan itu, Majlis Cabutan Bertuah telah dihadiri dan disampaikan oleh Ketua Pustakawan sendiri iaitu Encik Salleh Hudin Mustafa.

Seramai enam orang pelajar telah berjaya dipilih sebagai yang bertuah. Pemenang tempat pertama adalah milik Cik Nurin Nasuha Binti Ahmad Sobri dari Pusat Pengajian Undang-Undang. Beliau telah berjaya membawa pulang hadiah berupa telefon pintar Samsung A30. Manakala sebuah ‘Driving Recorder Transcend 16GB DrivePro 110M’ pula adalah milik saudari Cik Rabiatul Nadhrah Binti Haris dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan yang merupakan pemenang cabutan bertuah di tempat yang kedua. Cabutan di tempat ketiga pula menjadi milik Cik Nurul Syazana Binti Mudin dari Pusat Pengajian Undang-Undang. Beliau telah membawa pulang sebuah ‘Vinnfier FlipGear Tango Neo 9 Bluetooth Red Soundbar’. Cabutan diteruskan dengan pemenang bertuah berikutnya iaitu  milik En. Suriyaa Naathan a/l M. Arjunan dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Cik Tan Joyi juga dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dan En. Wong Yi Jing dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik. Seramai 147 orang pelajar telah terlibat di dalam Emerald Online Quiz’ ini namun hanya sejumlah 34 orang sahaja yang terlibat ketika cabutan dibuat.

Antara hadiah lain yang turut dibawa pulang adalah sebuah ‘Armaggeddon Mikoyan FOXBAT-III with Keyboard’ dan ‘Sony Powerbank 5,000mAH’ . Kesemua hadiah ini adalah sumbangan pihak Emerald Publishing sendiri. Majlis ini tamat sekitar jam 11.00 a.m.

 

Disediakan oleh Ku Azmi Ku Ibrahim

Gambar oleh: Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Pelanggan

Share :