SAGE PUBLICATION WORKSHOP BANTU PENYELIDIK UUM

‘UUM Library & Sage Publication Workshop’ adalah salah satu program anjuran Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Pelanggan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) yang telah berjaya diadakan pada 17 Disember 2019 yang lalu.

Bertempat di Auditorium 2, Bangunan Tambahan PSB, bengkel ini telah disampaikan oleh wakil Sage  Publishing iaitu En. Kiff Chan selaku ‘Field Editor’. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk mempromosikan produk SAGE di kalangan warga UUM.

Antara perkongsian oleh En. Kiff adalah mengenai pengasas SAGE iaitu Sara Miller McCune adalah merupakan penyelidik di dalam bidang sosial sains. Individu terpenting yang kedua adalah John W. Creswell iaitu pengasas ‘Journal of Mixed Research Methods’. Kedua-dua individu ini adalah antara yang utama yang memperkenalkan penyelidikan secara ‘mixed methods’ bagi membantu para penyelidik membuat kajian secara menyeluruh khususnya di dalam bidang sosial sains.

En. Kiff juga turut berkongsi mengenai produk mereka iaitu ‘SAGE Research Methods’ yang turut dilengkapi dengan pengisian video, e-books, project planner dan lain-lain. Selain itu beliau juga turut berkongsi mengenai ‘SAGE Business Cases’ yang memuatkan pelbagai sumber dan isi kandungan yang berkualiti tinggi untuk rujukan para penyelidik.

Bengkel ini tamat sekitar jam 12.00 p.m setelah sesi soal jawab.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Bahagian Rujukan dan Perkhidmatan Pelanggan

Share :