2 ORANG PELAJAR PRAKTIKUM LAPORKAN HASIL PROJEK DI PSB

30 Disember 2019 – Seperti tahun-tahun sebelumnya, satu sesi khas pembentangan hasil laporan projek pelajar praktikum telah diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Auditorium 1, Bangunan Utama PSB, dengan dihadiri oleh semua Pustakawan.

Pembentang merupakan dua orang pelajar dari Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Rembau yang telah menjalankan latihan industri di PSB selama hampir 6 bulan. Pembentang pertama adalah saudara Muhammad Shauqi Bin Saad dengan laporan projek beliau bertajuk Media and Information Literacy di mana beliau perlu menyediakan satu platform dalam laman web PSB untuk menempatkan maklumat khusus seperti Library Tutorials dalam bentuk video.

Manakala pembentang kedua adalah saudara Faris Bin Shuhaimi. Beliau melaporkan hasil projek yang bertajuk Vireo 4.0 iaitu sebuah Sistem Penyerahan Tesis dan Disertasi Elektronik.

Kedua-dua projek ini adalah arahan secara langsung daripada Ketua Pustakawan sendiri iaitu En. Salleh Hudin Mustaffa bagi melihat kemampuan dan kreativiti mereka dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Namun begitu, mereka dibantu dan diselia oleh beberapa orang pustakawan yang mempunyai kemahiran di dalam bidang tersebut.

Sesi pembentangan ini tamat sekitar jam 11.00 pagi seusai pemberian cenderamata kepada kedua-dua pelajar tersebut. Semoga mereka tetap cekal dan berjaya di dalam apa jua bidang yang bakal diceburi nanti.

 

Disediakan dan gambar oleh: Noraini Alias

Share :