TAKLIMAT KETUA PUSTAKAWAN 2019

Pada 10 Februari 2019 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan sesi “Taklimat Ketua Pustakawan 2019” bersama semua warga PSB. Taklimat tersebut telah berlangsung di Auditorium 2, Bangunan Tambahan, PSB bermula jam 9.00 pagi.

Antara intipati taklimat, Ketua Pustakawan iaitu En.Salleh Hudin Mustaffa menekankan perihal “Pendidikan untuk semua, tanggungjawab semua”. Menurut beliau “kita semua telah pun membuat janji dengan Allah SWT setiap kali solat 5 waktu.  Begitu juga bagi setiap orang yang menjalankan tugas di dalam jabatan, sememangnya amat perlu untuk memenuhi janji terhadap majikan masing-masing. Bidang kerja kita di perpustakaan banyak dan perlu membantu serta menolong orang setiap hari”. Tambah beliau lagi, “Di dalam kehidupan kita hendaklah setiap masa ada mempunyai etika yang merupakan aset yang sangat besar di dalam sesebuah jabatan”.

Semasa taklimat ini juga, beliau turut memetik ucapan YB Menteri Pendidikan Malaysia semasa Amanat YB Menteri tempoh hari untuk “Mengembalikan Wibawa Pengajian Tinggi” dengan memartabatkan buku sebagai pintu kepada imaginasi. “Hanya dengan membaca, anak-anak hari ini boleh bermimpi untuk menjejak impian mereka”, tambah beliau lagi. Selain itu, beliau mengajak semua warga PSB supaya membantu menyahut seruan kerajaan dalam meningkatkan gerakan membaca melalui program “Read@Uni”. Pada masa yang sama, beliau turut memohon kerjasama semua staf PSB dalam memikirkan kaedah terbaik bagaimana untuk menarik minat pengguna supaya datang ke perpustakaan.

Sesi taklimat ini berakhir pada jam 11.00 pagi.

 

Disediakan oleh : Ku Azmi Ku Ibrahim

Share :