TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA

Mei 2016 – Satu majlis perhargaan dan perpisahan telah diadakan khas bagi meraikan 3 orang staf daripada Bahagian Pentadbiran. Mereka ini terdiri daripada Puan Nor Shahida Mat Isa, Puan Norfa’iza Ismail dan Puan Juwita Johari. Selain itu, di majlis yang berlainan, turut sama dirai dan dihargai adalah Puan Latipah Ariffin dan Puan Nor Sakiroh Hanapi.

Kesemua mereka adalah staf yang telah lama berkhidmat di PSB dan merupakan pekerja-pekerja yang cemerlang dan bermotivasi tinggi. Tidak dinafikan bahawa segala kejayaan yang dikecapi oleh PSB selama ini adalah hasil sumbangan komitmen dan dedikasi mereka.

Seluruh warga PSB mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan mereka dan diucapkan semoga terus maju jaya walau di mana pun mereka berada.

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Samsuhaimi Ghazali

24total visits,1visits today