PSB TERIMA WARGA BAHARU EN. ABU BAKAR MAT SAFAR

Pada 2 Mei 2017 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima seorang warga baharu iaitu En. Abu Bakar Mat Safar yang akan bertugas sebagai Penolong Pendaftar (N48) di PSB bagi menggantikan Pn. Jamilah Samsudin yang telah bersara.

Satu majlis ringkas penyerahan nota tugas telah diadakan pada jam 9.45 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pustakawan, Bangunan Utama PSB dengan dipengerusikan oleh Ketua Pustakawan iaitu En. Salleh Hudin Mustafa dan dihadiri oleh staf di Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat. Pada majlis ini, En. Abu Bakar telah diberi taklimat ringkas oleh Ketua Pustakawan mengenai struktur organisasi di PSB. Sesudah itu, beliau diperkenalkan kepada semua staf yang hadir serta diminta untuk berkongsi sedikit latar belakang beliau. Menurutnya, beliau telah mula berkhidmat pada tahun 1985 sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Pendaftar sebelum berkhidmat di Jabatan Keselamatan sebagai Penolong Pegawai Keselamatan. Melihat peluang untuk menambah ilmu dan perkembangan kerjaya, beliau telah menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda dengan mengambil cuti belajar. Sesudah menamatkan pengajian, beliau mula berkhidmat sebagai Penolong Pendaftar di Pusat Ko-Kurikulum dan beberapa jabatan lain lagi sebelum melapor diri di PSB.

PSB merasa amat bertuah kerana dapat menerima seorang warga yang amat berpengalaman dan berdedikasi seperti beliau. Dengan kehadiran beliau di PSB, semoga dapat meningkatkan lagi tahap kecemerlangan dan budaya positif di PSB.

Sekian

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Noraini Alias

38total visits,1visits today