UUM TERIMA PENGHARGAAN DI EMERALD LIBRARIAN CONFERENCE

17 April 2018 – Satu majlis penyampaian anugerah telah diadakan bersempena dengan berlangsungnya Emerald Librarian Conference yang bertempat di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur yang lalu. Di majlis ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya dinobatkan sebagai penerima 2 anugerah utama daripada Emerald Publishing Limited iaitu ‘High Research Output Awards 2017’ dan ‘ High Usage Awards 2017’. Anugerah ini telah disampaikan oleh Mrs. Laura Ingle selaku Head of Product and Institutional Marketing kepada wakil UUM iaitu Pn. Hasma Haji Harun, Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, (PSB) yang mewakili Ketua Pustakawan. Semoga dengan penganugerahan ini, PSB akan menjadi lebih unggul dalam mengetengahkan sumber-sumber yang berkualiti kepada pengguna di masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut sila klik:

http://www.emeraldgroup.com/news/emerald-celebrates-7th-annual-high-usage-awards

Disediakan oleh : Noraini Alias

39total visits,2visits today