WARGA PSB SAMBUT BAIK “JOM GOTONG_ROYONG 5S”

12 April 2018 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan aktiviti “Jom Gotong – Royong 5S” yang telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 April 2018. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa 5S, PSB dimana ianya melibatkan 8 zon utama di PSB iaitu Zamrud, Baiduri, Berlian, Nilam, Delima, Jed, Kristal dan Intan.

Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pengerusi Jawatankuasa 5S, PSB iaitu Encik Razak Siamin yang juga turut mengetuai aktiviti “Jom Gotong – Royong 5S” ini. Semua warga PSB telah diarahkan untuk berkumpul di foyer Bangunan Utama, PSB bagi mendengar arahan dan tindakan yang perlu diambil bagi menjayakan aktiviti ini.

Antara tujuan utama dalam pelaksanaan aktiviti 5S adalah untuk menjana pemikiran kreatif dan inovatif di samping dapat meningkatkan disiplin diri secara semulajadi terhadap kehendak 5S di kalangan staf dalam organisasi.

Dengan adanya aktiviti sebegini, ianya dapat mewujudkan suasana yang harmoni serta selesa untuk dikunjungi disamping dapat menyumbang ke arah penyampaian perkhidmatan perpustakaan yang lebih efisien. Aktiviti ini tamat dengan jayanya hasil daripada penglibatan semua warga PSB yang bersemangat dan bekerjasama membersihkan PSB selaras dengan manfaat perlaksanaan 5S.

Disediakan oleh: Ain Syahirah Abd Rahim, Nur Fatin Afifa Mohd Nazam & Naimatul Jannah Abd Rahim

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail & Awatif Wan Hassan

46total visits,3visits today