PELAJAR SEMESTER AKHIR UITM REMBAU TIMBA PENGALAMAN KERJAYA KEPUSTAKAWANAN DAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

26 November 2017 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima kunjungan akademik oleh para pelajar semester enam (6) program Sarjana Muda sains Pengurusan Maklumat (kepujian) Pengurusan Perpustakaan, Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau pada jam 10.00 pagi. Lawatan ini melibatkan seramai 45 orang pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring iaitu Encik Mohd. Zailan Endin dan Encik Mohd Ridzuan Ibrahim.

Para pelajar disambut mesra oleh Encik Salleh Hudin Mustaffa, Ketua Pustakawan dengan disertai oleh beberapa orang pustakawan. Malah PSB juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan sepanjang lawatan mereka di sini. Program dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Pustakawan bagi mengalu-alukan kedatangan mereka serta berkongsi pangalaman dan pandangan mengenai trend dan cabaran kerjaya dalam bidang kepustakawanan dan juga menekankan skop pengurusan maklumat dan perpustakaan itu sendiri. Selain itu, Cik Noranis Mohd Yusof selaku wakil pelajar turut memberikan sepatah dua kata menyampaikan hasrat lawatan ini diadakan. Seterusnya pihak PSB memperkenalkan Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui tayangan video korporat dan sedikit taklimat ringkas mengenai latar belakang , perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disampaikan oleh Cik Hanie Azyyati Abdul Jamil.

Seterusnya pelajar diberi peluang melawat ke sekitar bahagian-bahagian di perpustakaan. Bukan sahaja mereka dapat melihat sendiri suasana persekitaran kerja di perpustakaan malah dapat juga bertemu dan berinteraksi dengan pustakawan-pustakawan yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

Sesi lawatan ini berakhir pada jam 1.00 petang dan kedua-dua pihak PSB dan pelajar bersama-sama memyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan .

Disediakan oleh : Hanie Azyyati Abdul Jamil

Gambar oleh : Mohamad Fuzi Ismail

26total visits,2visits today