10 PEMENANG BERTUAH TERIMA HADIAH WANG TUNAI RM100

17 Oktober 2019 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah telah mengedarkan soal selidik Kajian Tabiat Membaca Di Universiti Awam Malaysia 2019. Kajian ini diuruskan dengan kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Jawatankuasa Ketua Pustakawan Malaysia (PERPUN) sepanjang tempoh 15 hingga 26 September 2019.

Kajian ini memfokuskan kepada pelajar, staf akademik dan staf pentadbiran. Seramai 685 responden yang menyertai dalam kajian ini. Objektif kajian adalah untuk melihat arah aliran tabiat membaca pelajar dan staf di Universiti Awam Malaysia.

PSB mengambil inisiatif untuk menawarkan hadiah berupa wang tunai RM 100 bagi menggalakkan lagi penyertaan responden. 10 pemenang dipilih secara rawak dengan menggunakan sistem atas talian dan mengumumkannya pada 17 Oktober 2019. Seramai 5 orang pelajar dan 5 orang staf menjadi pemenang bertuah yang menerima hadiah wang tunai tersebut.

Tahniah kepada semua pemenang. PSB amat menghargai penyertaan daripada pengguna perpustakaan di dalam program seperti ini.

 

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

Gambar oleh: Azniza Ahmad

Share :