PSB ANJUR PROGRAM READ AND SHARE

16 Oktober 2019 – Bersempena dengan Hari Terbuka Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) tempohari, satu pengisian program  “Read & Share” oleh Prof. Dr. Noor Azniza Ishak telah diadakan pada jam 8.30 pagi telah berjaya diadakan.

Program yang berkonsepkan sembang santai ini telah diadakan bertempat di hadapan Professor’s Corner dengan kupasan tajuk yang cukup menarik iaitu ‘Tanyalah Kaunselor’. Prof. Dr. Noor Azniza Ishak adalah merupakan pensyarah daripada Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial. Antara intipati penyampaian beliau adalah mengenai pengalaman beliau sepanjang menjadi seorang kaunselor terutamanya etika dalam mengendalikan sesebuah permasalahan.

Pesan beliau lagi, “semua kaunselor perlu berdaftar dan menyimpan kerahsiaan setiap pelanggan kita, oleh itu semua staf digalakkan berjumpa kaunselor yang berdaftar sekiranya ada masalah tak kira kecil atau besar”. Selain itu beliau turut mempelawa semua peserta yang hadir untuk berjumpa dengannya sekiranya mempunyai masalah yang ingin dikongsi bagi mendapatkan khidmat nasihat kaunselor tidak kira di mana sahaja.

Di akhir program, beliau turut berkongsi mengenai buku tulisan beliau mengenai pengalaman sebagai kaunselor sepanjang berkhidmat di UUM. Sesi soal jawab juga turut diadakan dan ramai di kalangan staf dan pelajar yang tidak melepaskan peluang ini untuk bertanya secara langsung bersama beliau.

Turut hadir bersama adalah Encik Saleh Huddin Mustaffa, Ketua Pustakawan, pegawai-pegawai dan staf PSB selain para pelajar.

 

Disediakan oleh: Ku Azmi Ku Ibrahim

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

Share :