PEMENANG PHOTO CONTEST PSB TERIMA WANG TUNAI

6 Januari 2020 – Satu Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Pertandingan Read@Uni Photo Contest telah diadakan bertempat di Auditorium 1, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB).

Pertandingan ini telah berlangsung pada 1 Oktober sehingga 15 Disember 2019 yang lalu di mana para peserta perlu mengambil gambar dengan bertemakan ‘Tabiat membaca di Kalangan Komuniti UUM’. Mereka bukan sahaja perlu memuatnaik hasil gambar mereka ke Instagram malah mereka perlu meletakkan hashtag ‘#readatuum_photo’ sebagai syarat penyertaan. Pertandingan ini juga terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan UUM.

Pelbagai kreativiti serta foto menarik telah dihasilkan namun pihak juri hanya memilih mereka yang betul-betul mengikut tema dan syarat pertandingan sahaja. Jutaan tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah terpilih serta berjaya membawa pulang hadiah wang tunai dan hamper. Pemenang tempat pertama kategori kakitangan dan pelajar masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150 beserta sijil, tempat kedua RM100 beserta sijil dan tempat ketiga berjumlah RM50 beserta sijil. Manakala hadiah saguhati adalah berupa hamper bernilai RM30. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Timabalan Ketua Pustakawan, En. Razak Siamin.

Antara tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk tabiat membaca di kalangan warga UUM di samping menyambut seruan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030. Dengan itu, semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan untuk melestarikan budaya membaca rakyat Malaysia.

 

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Mohamad Fuzi Ismail

Share :