Audit EKSA Siri 2/2026 Nilai Pematuhan dan Kecemerlangan Persekitaran Kerja PSB

PSB ONLINE: 18 Ogos 2026 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima sesi Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Siri 2/2026 yang bertujuan menilai tahap pematuhan dan pelaksanaan amalan EKSA di setiap zon serta ruang kerja di perpustakaan.

Audit yang dijalankan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bagi memastikan persekitaran kerja yang kondusif, kemas, selamat dan sistematik selaras dengan garis panduan EKSA yang telah ditetapkan. Penilaian merangkumi pelbagai aspek termasuk kebersihan, susun atur ruang kerja, pelabelan, pengurusan dokumen, amalan hijau serta kreativiti dalam meningkatkan kualiti persekitaran kerja.

Sepanjang sesi audit berlangsung, para auditor telah membuat pemeriksaan di kawasan yang terlibat serta memberikan teguran dan cadangan penambahbaikan bagi memastikan setiap zon sentiasa mengekalkan standard EKSA yang cemerlang.

Menurut salah seorang auditor, “Pelaksanaan EKSA bukan sahaja bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih teratur dan selesa, malah membantu meningkatkan produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan serta budaya kerja berkualiti dalam organisasi.”

Audit EKSA Siri 2/2026 turut menjadi platform bagi warga PSB untuk menilai semula amalan yang dilaksanakan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sistematik dan lestari.

Program ini diharapkan dapat memperkukuhkan komitmen seluruh warga PSB dalam mengekalkan budaya kerja cemerlang serta memastikan amalan EKSA terus menjadi sebahagian daripada budaya kerja harian di organisasi.

Disediakan oleh: Siti Ainsyah Kamis
Gambar oleh: Ajmal Afif Abdul Rais

News Archive
Skip to content