LAWATAN AUDIT 5S UUM KE PSB

Pada hari Selasa yang lalu telah berlangsungnya Audit 5S UUM di PSB. Kehadiran Juruaudit 5S UUM telah disambut mesra oleh Ketua Pustakawan dan Jawatankuasa 5S PSB. Lawatan tersebut diketuai oleh Pn. Nor ‘Azzah bersama empat orang juruaudit yang lain iaitu Pn. Sariza, Dr. Fahainis, Pn. Rosilah dan Pn. Noor Dalilah.

Audit dimulai dengan sesi pembukaan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pustakawan, Bangunan Utama. Sesi tersebut dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Salleh Hudin Mustafa selaku Ketua Pustakawan kepada kesemua barisan juruaudit dan diteruskan dengan taklimat ringkas oleh Encik Abu Hassan Ghazali selaku Pengerusi Jawatankuasa 5S PSB.

Sesudah itu, mereka dibawa melawat sekitar perpustakaan. Antara tempat yang dilawati adalah sekitar Zon Baiduri, Zon Kristal dan Zon Zamrud. Kemudian, juruaudit dibawa ke Bilik Mesyuarat 2, BangunanTambahan Perpustakaan untuk sesi penutup. Audit tersebut berakhir pada jam 5.45 petang.

Disediakan oleh: Noraini Alias

Gambar oleh: Suparman Sukri

38total visits,1visits today