PERSEMBAHAN PROJEK PELAJAR PRAKTIKUM DI PSB

24 Mei 2018 – Satu persembahan projek pelajar-pelajar praktikum yang menjalani latihan industri di Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah diadakan di Auditorium Utama PSB pada jam 9.00 pagi.

Sepanjang menjalani sesi latihan industri di PSB, mereka didedahkan dengan setiap proses pengurusan dan operasi di 15 bahagian yang terdapat di perpustakaan dalam temapoh tertentu sebelum mereka diberi penempatan khusus dibahagian yang ingin dipelajari oleh mereka denag lebih mendalam . Penempatan mereka ditentukan oleh pihak pengurusan PSB. Bagi memastikan mereka memahami proses pengurusan perpustakaan ini, mereka telah dibekalkan dengan projek ringkas sepanjang penempatan mereka di bahagian yag telah dipilih. Selain itu, mereka juga diminta untuk mempersembahankan projek mereka di hadapan pustakawan-pustakawan di PSB. Projek dan persembahan ini merupakan kriteria yang perlu dipenuhi oleh pelajar praktikum yang menjalani latihan industri di PSB bermula tahun lepas dimana ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman asas serta membantu pelajar dalam kerjaya di masa hadapan.

Seramai 3 orang pelajar yang terlibat dalam persembahan ini. Pertama ialah Cik Nor Aulia Ahmad Nazri yang membentangkan projek berjudul ‘Comparison Between Digital Asset Management Software : Omeka, Resourcespace and Dspace’. Kedua ialah Cik Nabila Huda Salleh berkongsikan projek beliau yang berjudul ‘Management Islamic Gallery’ seterusnya Cik Awatif Wan Hassan pula mempersembahkan projek beliau yang bertajuk ‘Marketing Services Sultanah Bahiyah Library Using Social Media’. Selain daripada persembahan projek individu, mereka juga mempunyai projek secara kumpulan dalam bentuk video khusus untuk pengguna membuat carian bahan atau maklumat di PSB.

Akhir sekali, Encik Salleh Hudin Mustafa, Ketua Pustakawan memberikan pandangan beliau mengenai kaedah dan kemahiran persembahan, pengisian kandungan serta memberikan kata-kata peransang untuk lebih berusaha lagi memperbaiki kelemahan dan mempamerkan kelebihan diri terutamanya dalam temuduga dan sebagainya. Turut memberi pandangan mewakili seluruh pustakawan PSB iaitu Puan Ku Safina Ku Ismail agar dijadikan sebagai tips dan panduan kepada mereka nanti.

Sesi ini berakhir pada jam 10.50 pagi dengan upacara penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.

Disediakan oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil

Gambar oleh: Samsuhaimi Ghazali

20total visits,2visits today