PSB RAI KEJAYAAN KUMPULAN SMARTY

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Begitulah diibaratkan kejayaan yang dicapai oleh Kumpulan SMARTY apabila bergelar juara Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Utara Malaysia 2014 baru-baru ini. Pencapaian yang membanggakan ini bukanlah terhasil daripada usaha ahli kumpulan sahaja tetapi juga kepercayaan dari pihak pengurusan serta peluang yang telah diberikan. Malahan kerjasama dan sokongan yang padu daripada semua warga PSB turut menyumbang kepada kejayaan ini.

Bagi meraikan kejayaan kumpulan, satu majlis penghargaan telah diadakan pada 4 Mac 2015 yang bertempat di Sri Beringin, Executive Development Centre (EDC). Turut hadir, En. Salleh Hudin Mustaffa, Ketua Pustakawan dan diiringi ketua-ketua jabatan yang lain bagi memeriahkan lagi majlis yang penuh bermakna ini. Majlis ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada ahli kumpulan diatas setiap usaha dan sumbangan yang dicurahkan serta menunjukkan komitmen yang tinggi demi untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan jabatan. En. Salleh Hudin berkata, beliau amat berbangga dengan pencapaian kumpulan yang cemerlang dan berharap agar usaha-usaha yang kreatif dan inovatif ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Oleh: Hanie Azyyati Abdul Jamil | Gambar Oleh: Mohd Fuzi Ismail

37total visits,1visits today