PSB SERTAI “WORLD #QURANHOUR 2018”

7 Jun 2018 – Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia serta Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program “WORLD #QURANHOUR 2018” pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439H yang lalu.

Menyahut seruan itu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), turut mengadakan satu aktiviti bacaan Al-Qur’an bertempat di Bilik Mesyuarat Paras 1, Bangunan Utama PSB pada jam 11.00 pagi. Pada waktu ini, Al-Qur’an dibaca secara serentak di seluruh negara dengan konsep “Membaca Al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya”.

Dalam mengimarahkan bulan Ramadan, program sebegini sememangnya amat bermanfaat di dalam meraih keberkatan di 10 Ramadan terakhir ini. Selain itu juga, program “WORLD #QURANHOUR 2018” ini juga dapat mendidik masyarakat untuk cintakan Al-Qur’an serta menjadikan isinya sebagai amalan hidup seharian.

Alhamdulillah, semoga ianya manjadi amalan di PSB dalam membentuk warga yang mencintai Al-Qur’an.

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh : Noraini Alias & Hasma Hj Harun

31total visits,2visits today