BUBUR LAMBUK:  SIMBOLIK SETIAP KALI BULAN RAMADAN

PSB ONLINE :17 Mac 2025 – Badan Kebajikan & Amal Perpustakaan (BAKAL,) Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) sekali lagi telah menganjurkan aktiviti kacau bubur lambuk yang menjadi simbolik setiap kali bulan Ramadan. Aktiviti ini diadakan di Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM).

Acara yang berlangsung pada hari Selasa lalu, menyaksikan penyertaan seramai 22 orang warga PSB turun padang dalam aktiviti mengacau bubur lambuk.

Turut serta, beberapa orang staf dari pelbagai kelab dan persatuan lain untuk mengacau bubur lambuk. Resepi dan ramuan tradisi yang digunakan adalah hasil daripada orang lama, ianya bertujuan untuk mengekalkan rasa asli bubur lambuk yang digemari ramai.

Menurut Pengerusi BAKAL, Encik Norhardi Saad, “Aktiviti kacau bubur lambuk ini bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan juadah berbuka puasa, tetapi juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PSB dan UUM. Kami berharap tradisi ini akan terus dikekalkan dan menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan.”

Bubur lambuk yang siap dimasak kemudian diagihkan kepada warga universiti dan masyarakat sekitar sebagai tanda keprihatinan dan semangat Ramadan. Aktiviti ini juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak yang turut menyumbang bahan-bahan masakan dan tenaga kerja.

Dengan adanya aktiviti seperti ini, PSB berharap dapat menyemai semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga universiti, serta mengekalkan tradisi yang telah lama menjadi simbolik setiap kali bulan Ramadan.

Disediakan oleh: Siti Ainsyah binti Kamis
Gambar oleh: Syed Muhammad Amirul Ashraf bin Syed Ismail