PERJUMPAAN PERTAMA JWTNKUASA PEMANDU KUALITI DAN MAJLIS SERAHAN TUGAS

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti Perpustakaan Bil.1/2019 telah diadakan pada 5 Mac 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pustakawan, Paras 3, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada jam 9.00 pagi.

Mesyuarat ini adalah yang pertama diadakan pada tahun 2019 ini dan pelbagai perancangan aktiviti telah dibincang bagi sepanjang tahun ini. Antara aktiviti yang dirancang adalah untuk mengadakan audit dalaman, taklimat, hari penghargaan staf dan banyak lagi.

Mesyuarat ini telah berakhir pada jam 11.00 pagi dan semoga segala aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

Disediakan oleh : Noraini Alias

Gambar oleh : Hanie Azyyati Abd Jamil