Pertandingan Bercerita Anjuran PSB Meriah

Bagi memeriahkan lagi Hari Bertemu Pelanggan bersempena dengan Pesta Buku Utara 2014, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB)  telah menganjurkan pertandingan bercerita bagi peringkat sekolah rendah. Seramai 12 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara ini. Peserta-peserta adalah terdiri daripada murid-murid  Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Baling Kedah. Terdapat 2 kategori pertandingan iaitu kategori pertama melibatkan murid darjah 2 dan 3, dan kategori kedua adalah bagi murid darjah 4 hingga  6.

Pertandingan bercerita ini adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang  berkeyakinan diri yang tinggi serta berani. Motivasi semua murid dapat ditingkatkan dengan penyertaan pertandingan ini di samping dapat menambah ilmu pengetahuan. Seramai 7 orang guru pengiring termasuk Guru Penolong Kanan S.K. Kampung Bandar iaitu Tn. Haji Karim, turut sama memberi sokongan dan dokongan kepada pelajar mereka.

 Pertandingan bercerita ini berlangsung selama 2 jam, bermula jam 11.00 pagi sehinggan jam 1.00 tengah hari. Setelah selesai upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang, peserta rombongan sekolah telah dibawa melawat sekitar PSB.  Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan  ucapan jutaan terima kasih juga kepada pihak pembekal pameran buku dan PSB kerana telah menyumbang hadiah. Pihak PSB berharap akan dapat menganjurkan lagi aktiviti-aktiviti seperti ini di masa akan datang.