CATATAN PENGALAMAN MANIS OLEH PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

PSB Online – Pada Mac 2021 yang lalu, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau adalah Cik Nur Aufa Noor Haizan yang berasal dari negeri Perlis Indera Kayangan. Menjalani latihan industri selama  3 bulan bersama PSB, beliau telah ditempatkan di Muzium Pengurusan UUM. Ikuti catatan ringkas mengenai pengalaman beliau selama menjalani latihan industri:

“Alhamdulilah syukur diberi peluang dan ruang untuk jalankan latihan industri di PSB dan ditempatkan di Muzium Pengurusan UUM adalah pengalaman cukup bermakna buat diri Aufa, walaupun menghadapi kekangan dek kerana pandemik Covid-19 namun masih banyak perkara yang Aufa buat, antaranya adalah dapat melibatkan diri dalam pameran semasa di Zon F di mana Aufa dapat turun padang di dalam sesi penggambaraan untuk pameran semasa di muzium. Selain itu, Aufa juga terlibat dalam proses kerja di hampir kesemua Unit-Unit di Muzium Pengurusan UUM , tugasan yang diberikan adalah sangat  membantu dan berkaitan dengan apa yang dipelajari semasa di UMK. dengan tunjuk ajar dan bantuan daripada Ketua-Ketua Unit, Aufa dapat melakukan tugasan dengan baik. Pengalaman menjalani latihan industri selama 3 bulan merupakan kenangan paling manis buat Aufa. terima kasih kepada semua warga PSB khususnya kepada warga Muzium pengurusan UUM”

PSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari Nur Aufa atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang menjalani latihan industri di PSB, Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau walau dalam apa jua bidang yang diceburinya kelak. Terima kasih.

Disediakan oleh : Nur Aufa Noor Haizan

Disunting oleh: Noraini Alias