CATATAN PENGALAMAN OLEH PELAJAR LATIHAN INDUSTRI SESI OKTOBER – FEBRUARI 2021

PSB Online : Bermula 1 Oktober 2020 sehingga 28 Februari 2021, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah menerima 3 orang pelajar latihan industry dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Mereka telah menjalani latihan industry selama 5 bulan di PSB dengan pelbagai emosi, aktiviti dan juga pengalaman telah diraih sepanjang tempoh tersebut. Ikuti catatan pengalaman mereka ketika bersama PSB :

Catatan pengalaman 1 : Fatimah Az Zahra binti Zainud-din

       “Saya, Fatimah Az Zahra binti Zainud-din dari UiTM Cawangan Rembau Negeri Sembilan dalam program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, merupakan salah seorang daripada tiga orang pelajar praktikal yang telah menjalankan latihan industri di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia selama 5 bulan bermula dari 1 Oktober 2020 sehingga 28 Februari 2021. Pelbagai rintangan yang dihadapi kami semasa menjalani latihan industry memandangkan situasi Covid-19 di Malaysia yang mana telah mengakibatkan kami untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) / Work From Home (WFH) selama 3 kali sepanjang tempoh 5 bulan. Akan tetapi, rintangan ini berjaya kami hadapi dengan bantuan semua pegawai di Perpustakaan Sultanah Bahiyah sehingga ke tarikh akhir latihan industri kami yang mana semua pegawai telah banyak membantu kami. Pada awal tempoh latihan, kami telah menjalani orientasi secara digital bersama semua ketua bahagian dan ketua unit melalui Webex Meeting dan seterusnya menjalani orientasi secara fizikal yang mana kami didedahkan kepada semua perkhidmatan dan tugasan yang dilakukan oleh setiap pegawai dibahagian dan unit masing-masing. Saya telah ditempatkan di Bahagian Perkhidmatan Pengguna, Cik Mazyana Hashim sebagai Ketua Bahagian dan diselia oleh Puan Fadzilah Hussin di Unit Pendidikan Pengguna, sepanjang tempoh latihan industri kerana 2 projek individu dan 1 projek berkumpulan saya di bawah seliaan Puan Fadzilah. Projek individu saya ialah :

  1. Sistem Permohonan Bengkel Perpustakaan (Library Group Workshop Application). Projek ini dihasilkan bagi memudahkan pengguna untuk memohon perkhidmatan bengkel berkumpulan yang disediakan oleh pihak perpustakaan kepada pengguna. Bengkel berkumpulan ini tidak mengenakan sebarang bayaran dan disediakan modul mengikut peringkat yang dipilih. Sebelumnya, bengkel ini perlu diminta dengan cara menghantar emel kepada pegawai. Dengan adanya sistem ini, permohonan akan lebih teratur dan mudah dikawal. 
  1. Pemantapan Kandungan LibGuides (LibGuides: General Knowledge). Projek ini dihasilkan dengan bertujuan menambahkan isi kandungan kedalam LibGuides, salah satu perkhidmatan pemberian informasi kepada pengguna. Bukan sekadar menambahkan isi kandungan, tujuan projek ini juga bagi memastikan pengguna mendapatkan informasi yang lebih banyak dan tepat kerana isi kandungan di dalam LibGuides telah dilakukan saringan oleh pegawai bertanggungjawab terlebih dahulu sebelum dimasukkan. LibGuides boleh dilayari melalui laman sesawang perpustakaan di menu LibGuides. 

       Manakala projek berkumpulan saya bersama Nur Imanina Najwa binti Ruslie dan Muhamad Ammar Miqdad bin Muhamad Supri ialah Pemantapan Kandungan LibGuides dan LibAnswers untuk pelancaran rasmi oleh Vice Chancellor. Projek berkumpulan ini tidak lari seperti projek kedua individu saya akan tetapi projek berkumpulan ini mempunyai skala yang lebih besar. Setelah kami capai persetujuan bersama Puan Fadzilah, saya dan Imanina ditugaskan untuk memasukkan maklumat ke dalam LibGuides manakala Ammar menyediakan soalan dan jawapan di LibAnswers. Topik yang dimasukkan oleh saya ialah : 

  1. Tips for studying at home
  2. New to University? 

      Kami telah belajar untuk mencari informasi yang tepat dan mempunyai nilai pakai untuk diberikan kepada pengguna perpustakaan serta mengasah kreativiti kami dalam penyediaan infografik. Akhir kata, saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalani latihan industri di Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan saya berterima kasih kepada semua pegawai atas semua ilmu, nasihat dan tunjuk ajar yang dikongsikan bersama.”

Catatan pengalaman 2 : Nur Imanina Najwa Binti Ruslie

   “Saya, Nur Imanina Najwa Binti Ruslie dari UiTM Cawangan Rembau Negeri Sembilan dalam program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, merupakan salah seorang daripada tiga orang pelajar praktikal yang telah menjalankan latihan industri di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia selama 5 bulan bermula dari 1 Oktober 2020 sehingga 28 Februari 2021. Di sini, saya mempelajari banyak perkara walaupun ada rintangan yang saya perlu hadapi. Oleh disebabkan saya menjalani latihan industri pada musim Covid-19. Tetapi kami dapat menghadapi dengan jayanya sehingga tamatnya latihan industri. Ini adalah berkat daripada bantuan semua pustakawan dan staf Perpustakaan Sultanah Bahiyah yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya dan rakan-rakan sepanjang menjalani latihan industri. Sepanjang tempoh latihan industry saya diberi tugasan sebanyak 2 projek individu dan 1 projek berkumpulan.  

  1. Projek individu yang pertama adalah Sistem Tempahan Kemudahan PSB Secara Atas Talian. Projek ini adalah dibawah Bahagian Perkhidmatan Pengguna, Cik Mazyana Hashim sebagai Ketua Bahagian dan saya diselia oleh Puan Asmaniza binti Mansor di Unit Khidmat Pelanggan. 
  1. Projek individu yang kedua adalah Sistem Penghantaran Tesis Secara Dalam Talian Projek ini adalah dibawah Bahagian Arkib Universiti. Puan Hasma binti Hj Harun sebagai Ketua Bahagian dan saya telah diselia oleh Puan Ku Safina binti Ku Ismail di bawah Unit Repositori Institusi. 
  1. Tajuk bagi Projek Berkumpulan adalah “Pemantapan Kandungan LibGuides dan LibAnswers bagi Pelancaran Rasmi”. Projek ini dibawah Bahagian Perkhidmatan Pengguna, Cik Mazyana Hashim sebagai Ketua Bahagian dan diselia oleh Puan Fadzilah Hussin di Unit Pendidikan Pengguna. 

       Saya berharap agar pengalaman yang telah saya perolehi disini dapat digunakan semasa memasuki alam pekerjaan. Terima kasih.”

 Catatan pengalaman 3 : Muhamad Ammar Miqdad bin Muhamad Supri

     “It was a wonderful and useful experience to learn from the internship conducted at PSB. Because of the exposure and opportunities that were offered to me, I learned a lot from day one until the very last day. I admit that most of the ideas I learned during lectures seemed to be real and more difficult in the real world, so it is also appropriate to have experienced some skills in certain aspects. Since almost all employees currently need the basic knowledge of computer skills, I strongly agreed that computer literacy would help a lot to do tasks provided, regardless of any study context. As for myself, the main task was accomplished through Microsoft Excel and during the internship I managed to learn much guidance from PSB employees and also from YouTube.  I also learned how to greet or welcome individuals with the right salutation, encourage library facilities and programs, enhance users to subscribe to library channels and so on, completely implemented during visits and meetings and during the internship. This capacity also allows me to engage with various types of individuals and develop my faith in public speaking. Thank you PSB.”

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka bertiga kerana telah berjaya menamatkan latihan industry bersama PSB. Seluruh warga PSB mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak dan sehingga berjumpa lagi.

Disediakan oleh : Fatimah Az Zahra binti Zainud-din, Nur Imanina Najwa Binti Ruslie dan Muhamad Ammar Miqdad bin Muhamad Supri

Disunting oleh : Noraini Alias