CERAMAH RAMADAN SIRI II: “TETAMU SYURGA AR-RAYYAN”

PSB Online: Pada 26 Mac 2024 bersamaan 15 Ramadan 1445H, Badan Kebajikan & Amal Perpustakaan ​(BAKAL), Perpustakaan Sultanah Bahiyah(PSB) telah menganjurkan program Ceramah Ramadan Siri II yang bertajuk : “Tetamu Syurga Ar-Rayyan” oleh YBhg. Ustaz Hafiz Mustafa Lubis.Program berlangsung dari pukul 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari di  Auditorium 2, Bangunan Tambahan PSB.

Ustaz mengajak semua peserta untuk berusaha  melakukan amalan-malan bagi mendapatkan tempat di syurga Ar-Rayyan. Walaupun, kita hanya mampu mencapai puasa darjat awam, perlu berusaha mendapatkan puasa khusus dengan menghindari perbuatan yang membawa kepada dosa, selain menahan diri dari makan dan minum. Usaha yang gigih juga perlu diamalkan sehingga mendapatkan puasa khususul Khusus dengan mengawal keinginan hati dan fikiran dari hal-hal duniawi dan sia-sia di sisi Allah SWT.

Ustaz juga berpesan supaya muslimin dan muslimat memberi perhatian kepada amalan-amalan yang tidak patut diamalkan sepanjang bulan Ramadhan seperti tidak menunaikan solat ketika berpuasa, bersahur sahaja tanpa melakukan ibadah lain, banyak tidur di siang hari, menunaikan puasa tetapi masih mendedahkan aurat, tidak memperbanyakkan doa ketika berpuasa dan berbuka dan lain-lain amalan yang perlu dihindarakan bagi memperolehi tempat di Ar-Rayyan.