PSB Online – Siri kedua Bengkel English for Communication telah berjaya dianjurkan oleh Unit Latihan dan Kualiti, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pada 6 Julai 2021 yang lalu untuk semua staf PSB.
Dikendalikan oleh Pn. Fadzilah Husin, Pustakawan PSB, dari Unit Pendidikan Pengguna, Bahagian Perkhidmatan Pengguna, bengkel ini telah disampaikan dengan cukup bermanfaat dan berinteraktif. Bengkel ini bermula pada jam 9.30 pagi dan antara intipati penyampaian bengkel adalah mengenai komunikasi yang efektif. Menurut Pn. Fadzilah, terdapat 9 bahagian di dalam komunikasi Bahasa Inggeris. Bahagian tersebut adalah seperti noun, pronoun, preposition, adjective, adverb, verb, determiner, conjunction and interjection.
Menggunakan gaya penyampaian yang menarik dan diselang-seli dengan sesi kuiz dan latihan, bengkel ini terlihat menarik dan tidak bosan di mana kesemua peserta juga aktif menjawab soalan yang telah diajukan menerusi ruangan chatbox yang tersedia. Penggunaan video juga amat menarik minat semua peserta untuk kekal fokus dan mengikuti bengkel ini hingga ke akhir.
Menerusi platform atas talian Cisco Webex, bengkel ini berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Semoga dengan penganjuran bengkel ilmiah seumpama ini, dapat membantu menambah keyakinan dan kemahiran berbahasa Inggeris dengan lebih baik terutama apabila bertugas di kaunter.
Disediakan dan gambar oleh: Noraini Alias