FORUM “MENGIMBAU KENANGAN MENGGAMIT HARAPAN”

PSB Online – Sempena Ulangtahun Pengasasan UUM ke 40 tahun, PSB telah mengendalikan satu forum Mengimbau Kenangan Menggamit Harapan dengan menjempun mantan Pustakawan Puan Che Hasnah Mohd Akhir, En. Mohd Nor Ahmad dan seorang Pembantu Pustakawan, En. Muhammad Asseri Abdul Rahim.

Warga PSB diberi peluang bersama dengan mereka bagi mempelajari amalan-amalan yang baik dalam pekerjaan daripada pengalaman pahit manis sepanjang mereka berkhidmat di Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan UUM.

Banyak kenangan yang menceritakan susah payah mereka berpindah dari perpustakaan di Kampus Sementara UUM di Tanah Merah Jitra ke Kampus UUM Sintok.