LAWATAN AUDIT SWAAKREDITASI MQA KE PSB

Pada 3 Disember 2015 satu lawatan rasmi telah dibuat ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah dalam Audit Swaakreditasi yang telah berlangsung selama 4 hari baru-baru ini. Panel auditor yang hadir adalah Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah dan seorang pegawai MQA serta diiringi oleh pegawai IPQ. Kehadiran beliau disambut mesra oleh Puan Shukra Shuib, Timbalan Ketua Pustakawan, En. Muhamad Mazlan Jalla, Ketua Penolong Pustakawan dan turut disertai oleh beberapa orang pustakawan yang lain. Ia bertujuan bagi memenuhi keperluan audit iaitu melihat lokasi-lokasi di mana perkhidmatan dan kemudahan disediakan selain daripada membuat penilaian berbentuk dokumentasi yang telah disediakan terlebih awal oleh pihak yang dinilai.

Antara lokasi-lokasi yang dilawati adalah koleksi perpustakaan, kaunter perkhidmatan utama, kemudahan ruang baca akademik dan pasca siswazah, kiosk pinjaman dan beberapa lagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PSB. Lawatan ini diharapkan dapat membantu pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) memperolehi status yang melayakkan UUM mengakreditasi program pengajian mereka sendiri di mana ianya merupakan satu pengiktirafan kepada universiti yang boleh dibanggakan. Insha Allah.